Edit Video dari DVD CAM
Tak lama dulu saya ada menulis article mengenai DVD cam.. bagaimana nak edit dan sebagainya. Dalam artikel tersebut saya ada menyebut gunakan Tsunami mpeg editor untuk convert ac3 ke mpeg2 audio format supaya bila kita edit suara akan keluar bersama video. Salah satu masalah yang sering saya terima dari pengguna DVD cam ialah bila edit suara tak keluar. Ini kerana DVD cam menggunakan ac3 (dolby digital) format untuk audio. Jika kita edit dalam video editing software kemungkinan hanya gambar sahaja yang keluar tetapi audio tidak dapat didengar. Ini berpunca sesetengah editing software tidak support ac3 format masa editing. Kedua pc kita tak ada ac3 codec jadi audio dari dvd cam tidak dapat di decode.
Jadi kali ini saya cuba terangkan bagaimana nak edit video dari DVD cam menggunakan keadah yang paling senang dan lebih user friendly dari apa yang pernah saya terang dulu. Ini kerana dua tahun yang lepas DVD cam masih baru tak banyak software yang support ac3..Jadi untuk edit video dalam editing software memang masalah. Tetapi sekarang saya dapati ada beberapa software yang boleh edit .vob file dari dvd cam terus dari dalam editing software.
Perkara yang anda harus lakukan sebelum edit video dari video cam.
1. Finalizekan DVD anda. Finalize bermaksud dvd disk tersebut dijadikan dvd-video disk yang mana boleh dimainkan dimana-mana dvd player. Finalize juga diperlukan jika anda ingin akses video tersebut di pc. Ramai yang hairan kenapa dvd disk bila dibuka tidak ada file..ini berpunca dari dvd tersebut masih belum difinalize. Terdapat dua jenis finalize dalam DVD cam.
i. Finalize dalam VR mode -dalam mode ini dvd tersebut tidak boleh dimainkan di dvd player biasa. Ada juga dvdplayer yang support dvd disk yang difinalizekan dalam VR mode, jadi dvd-disk dalam mode ini boleh dimainkan di player tersebut. VR mode juga bertujuan untuk kita akses video file dari dvd-disk tersebut jika tak difinalize kita akan dapati dvd disk tersebut kosong tiada sebarang file.
ii.Finalize kan DVD-video mode. Dalam mode ini dvd-disk tadi akan di jadikan DVD-video compliance disk. Jadi dvd-disk dalam mode ni boleh dimainkan di semua dvd player dan di pc dan kita boleh akses dan lihat sebarang file yang ada di dalam dvd-disk tersebut. Cuma masalahnya dalam dalam mode ini Kita jadi keliru yang mana saya file yang nak dipilih. Ini kerana bila di finalizekan di dalam DVD-video mode terdapat dua folder pertama AUDIO_TS dan kedua VIDEO_TS. Di dalam Video_TS terdapat beberapa file seperti. BUP , IFO dan .VOB. Jadi pengguna keliru yang mana satu video file. Dan yang menjadi masalah juga di dalan dvd video jika file video tersebut melebhi 1 gig cth 3 gig ia kan dipecahkan ke tiga bahagian cth : vts_01_01.vob, vts_01_02.vob dan vts_01_03.vob. Ini mengeliru pengguna. Sebenarnya ketiga-tiga file ini adalah mpeg2 file iaitu video file cuma ia dipercahkan menjadi beberapa bahagian sekiranya file tersebut lebih dari 1 gig.
Jadi di antara dua mode ini saya sangat menggalakkan guna VR mode semasa finalize. Ada beberapa advantage menggunakan mode ini. Pertama kita boleh tengok thumbnail video semasa kita open dvd-disk tersebut di pc. Setiap thumbnail displit berdasarkan bila kita tekan record da pause button pada dvd cam. Ini memudahkan kita memilih masa satu clip yang ingin diedit atau bila kita edit tak perlu kita splitkan video tersebut di dalam video editing software. Tidak seperti dalam DVD-video mode ia telah menjadi satu file.
Transfer video ke pc.
Note: Cara ini berdasarkan dvd cam jenis Sony yang ada pada saya. Jadi saya tak dapat nak pastikan cara jika anda menggunakan camera dvd cam dari jenama yang lain. Tetapi saya rasa lebih kurang sama.
Steps
1. Finalizekan dvd anda dalam VR mode di camera dvd cam anda.
2. Masukkan dvd-disk ke dvd-drive. DVD cam menggunakan 8cm diameter dvd disk atau lebih dikenali sebagai mini DVD disk. Letak dvd tadi diruangan yang sesuai di tray dvd drive anda. JIka dvd disk tersebut di finalizekan dalam VR mode. kita boleh tengok ada beberapa Thumbnail video clip. Buat satu folder dan tranferkan semua clip ke pc dengan dragkan ke folder yang kita telah buat tadi. Saya sangat menggalakan kita copy video clip tadi ke pc kerana kalau direct access dari dvd disk slow teruma bila kita buat buat fast forward semasa editing. Kadang-kadang pc boleh hang kerana DVD drive akan ambil masa untuk akses ke sesetengah bahagian di dalam dvd-disk.. jadi copy semua clip tersebut ke dalam pc sebelum buat editing.
3. Klik salah satu clip yang kita tranferkan kan ke pc. Jika kita boleh lihat video terebut bermakna tak ada masalah untuk kita edit video tersebut di dalam perisian video editing. Saya juga menggalakan install software seperti Cyberlink power DVD atau mana-mana dvd player software. Ini membolehkan video dalam format mpeg2 dimainkan sebab bila install dvd player software codec untuk mpeg2 diinstall sekali. Windows XP secara default tidak ada mpeg2 dvd codec.
Edit video
Ok ini penting.
Saya menggalakan guna tiga perisian ini untuk edit video dari dvd cam
1.Ulead Video Studio 11 - Software ini boleh direct edit video dalam DVD-video mode atau akses video dalam format .vob dan juga boleh terima video jika kita finalize dalam VR mode. Kedua software ini juga support ac3 (Dolby digital). Jadi masalah gambar sahaja yang keluar dan suara tidak keluar tidak berlaku lagi. Ketiga very user friendly dan banyak effects yang boleh mencantikkan lagi video anda..Ke empat kita boleh terus burn ke DVD sebagai dvd video dan create menu tanpa menggunakan mana-mana authoring software secara berasingan. Dan juga boleh terus burn ke VCD jika mahu. Software ini juga support format AVCHD yang terdapat pada sestengah dvd cam atau hardisk cam. Jadi saya sangat galakan gunakan software ini.
2. Womble Video Wizard DVD. - Juga support .vob file dan mpeg dvd file dan support ac3 (dolby digital) audio format. Ia juga boleh burn ke DVD disk dan create dvd menu. Cuma tidak sebanyak function seperti Ulead. Cuma kelebihan software ini edit didalam mpeg samada mpeg1 atau mpeg2 sangat cepat dan kita boleh srubbing video di timeline dengan smooth.
3. Cyberlink power director
Jadi jika anda ada masalah untuk edit video dari dvd cam, cuba ikut cara saya terangkan di atas. Perlu diingatkan edit dalam mpeg dvd file mungkin slow sedikit jika dibanding kalau edit dalam format avi dv yang digunakan di dalam miniDV cam.. Tapi cara ini adalah yang paling mudah dan paling sesuai untuk mereka yang tak mahu memikirkan dari segi technical dan sebagainya.
Selamat mencuba dan semoga dapat membantu.
by http://gcloud.com )















0 Comments:
Post a Comment